Daeng Perani - Bahagian 1

Asal Usul Daeng Perani

Mengikut Catatan Raja Ali Haji dalam bukunya Salasilah Melayu dan Bugis serta Tuhfat Al-Nafis, Putera Bugis lima bersaudara ini adalah dari keturunan Opu Tendriburang Daeng Rilaga iaitu putera La Maddusalat, seorang Raja Bugis di negeri Luwuk. Opu Tendriburang Daeng Rilaga mempunyai lima orang anak iaitu Daeng Perani, Daeng Chelak, Daeng Marewah, Daeng Menambun & Daeng Kemasi.

Opu Daeng Rilaga bersama anak-anaknya keluar dari Luwuk setelah ayahandanya Opu La Maddusalat mangkat. Beliau memulakan perjalanan ke negeri To Pammana. Di sini beliau disambut meriah oleh pemerintah To Pammana. Beliau Kemudian ke Bone dan seterusnya ke Betawi bertemu dengan saudaranya Opu Daeng Biasa. Selepas pertemuan itu, beliau berangkat ke Siantan. Ketika di Siantan, Opu Daeng Perani telah berkahwin dengan anak Nakhoda Alang, keturunan Makasar. Dari Siantan Opu Daeng Rilaga bersama anak-anaknya mengambara ke Johor dan Melaka serta Kemboja. Setelah beberapa lama tinggal di Kemboja, Opu Daeng Rilaga dan anak-anaknya kembali ke Siantan. Apabila mereka sampai di Siantan, isteri Opu daeng Perani telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Daeng Kemboja sempena kepulangannya dari negeri kemboja.

Tidak berapa lama pulang dari Kemboja, Opu Daeng Rilaga telah mangkat. Oleh yang demikian, peranan beliau telah diambil alih oleh Opu Daeng Perani.

Opu Bugis lima bersaudara ini kemudiannya telah terlibat dengan Johor, Linggi [Negeri Sembilan], Selangor, Perak & Kedah di Semenanjung Tanah Melayu, manakala Matan, Sambas & Mempawah di Kalimantan Barat.

Penglibatan Opu daeng Perani Di Dalam Politik Kedah

Sebelum terlibat dalam politik Kedah, Daeng Perani dan saudaranya terlibat dalam politik Johor, membantu Raja Sulaiman Ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV mengalahkan Raja Kechil [Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, 1788 – 1722] dan menabalkan Raja Sulaiman sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah [1722 – 1760], bersemayam di Pulau Bintan. Sebagai mengenang jasa bantuan dan menepati janjinya, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Johor [Yang Dipertuan Muda Johor] yang pertama.

Penglibatan mereka di kedah, seperti juga di Johor adalah dalam perselisihan takhta kerajaan. Penglibatan Opu Daeng Perani di Kedah dan berperang dengan Raja Kechil, Yang Dipertuan Siak digambarkan oleh Tuhfat Al-Nafis, Salasilah Melayu & Bugis serta Hikayat Siak.

Ketika berada di Selangor, Daeng Perani mendapat surat daripada Sultan kedah meminta bantuan. Beliau telah berangkat ke Riau berbincang lima bersaudara. Mereka berlima telah bersetuju dan berangkat ke Kedah mengadap Sultan kedah. Dalam pertemuan ini, Sultan kedah meminta Opu Lima bersaudara mengambil alih takhta kerajaan yang diduduki adinda baginda. Jika berjaya, Sultan kedah bersedia memberi ganjaran.

Peperangan berlaku diantara angkatan Sultan kedah yang lama angkatan yang disokong oleh Opu Bugis lima bersaudara. Peperangan berlarutan sehingga melebihi sebulan. Sultan kedah lama telah dikalahkan.

Pada 1136 Hijrah [1724] Opu Bugis lima bersaudara mendapat berita bahawa Raja Kechil Siak berada di kedah memenuhi jemputan Sultan kedah yang telah kalah membantu baginda menduduki semula takhta kerajaan Kedah. Opu Bugis Lima Bersaudara kembali membantu Sultan kedah dengan alas an perjanjian antara Sultan kedah dengan mereka belum selesai serta Opu Daeng Perani mempunyai seorang isteri di Kedah iaitu adinda kepada Sultan Kedah, Tengku Aishah.

Peperangan berlarutan selama dua tahun. Raja Kechil telah kalah dalam peperangan ini. Daeng Perani juga turut terkorban. Raja Kechil yang telah gagal , berundur ke Siak. Setelah Perang tamat, Daeng Chelak dan saudaranya Yamtuan Muda Daeng Marewah telah mengebumikan jenazah Opu Daeng Perani. Seterusnya Yamtuan Muda Daeng Marewah telah memohon kepada Sultan Kedah memohon kebenaran pulang ke Riau. Dengan itu, Daeng Marewah dan angkatan Bugis kembali ke Riau.

Nota: Petikan Kertas kerja yang dibentangkan dalam forum bertajuk ‘Di manakah Letak Sebenarnya Makam Daeng Perani’, bertempat di Muzium Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah pada Ahad 13 Mei 2007. Oleh Abdullah Zakaria bin Ghazali – Jabatan Sejarah Universiti Malaya Kuala Lumpur

diambil dari catatan: Persatuan Keturunan Opu Daeng Perani

Daeng Perani - Bahagian II

Daeng Perani Mangkat Di Kedah

Dalam buku Tuhfat Al-Nafis, Salasilah Melayu & Bugis, dan Hikayat Siak dengan jelas menyatakan yang Opu Daeng Perani telah gugur di Kedah dalam pertempuran dengan Raja Kechil Siak. Dalam Tuhfat Al-Nafis mencatatkan:

Syahadan maka berapa antaranya maka kelengkapan Yang Dipertuan Muda [Opu Daeng Merewah] serta Opu-Opu itu mudik hendak melanggar Kubu Raja Kechil sebelah hulunya pada rumahnya dan apabila sampai ke kota hulu itu maka lalulah berperang yang sangat ramainya dengan gegak gempita berbedil-bedilan dengan meriam dan rentak serta tempik soraknya maka dengan takdir Allah Subhanahu Wa Taala sert adengan sudah sampai janjiNya maka Opu Daeng Perani pun kenalah pelurunya meriam tentang dadanya maka iapun mangkat di atas beranda hgurabnya dengan nama laki kerana waktu ia berperang besar itu bersiar-siar di atas beranda memerintahkan segala orang berperang itu .......

Seterusnya sumber ini mengatakan apabila Raja Kechil dikalahkan dan berundur ke Siak, “……Yang Dipertuan Muda serta Raja Tua, Daeng Menambun……dimakamkan mayat Opu Daeng Perani itu betapa adapt istiadat raja-raja mangkat……”

Salasilah Melayu & Bugis pula mencatatkan gugurnya Daeng Perani di Kedah seperti berikut:

Syahadan maka Raja Kechil pun fakir, “Baik aku bedil Daeng Perani itu. Jika bertikam atau beramuk terlalu susah melawannya.” Dan setelah ia sudah berfikir itu lalu ia menyuruh cagakkan lela pada serambi rumahnya dihadapkan ke tengah sungai kerana khabarnya Opu Daeng Perani hendak memudikkan ghurabnya ke hulu sampai ke kampong rumah Raja Kechil itu sekali. Maka diisinyalah lelanya itu beberapa pucuk. Maka tiada berapa lamanya mudiklah ghurab Opu Daeng Perani itu ke hulu dengan beberapa perahu. Maka apabila bertentangan dengan rumah Raja Kechil itu belum sempat ghurab itu membedil, maka dibedilnya dahulu dari sampai ke rumah raja Kechil. Dengan takdir Allah Taala serta sampai janjiNya, maka kenalah Opu Daeng Perani di atas beranda ghurabnya itu. Maka Opu Daeng Perani pun rebahlah lalu mangkat.

Kemangkatan Opu daeng Perani itu membuatkan Daeng Chelak dan pengikutnya mengamuk menyerang Raja Kechil dan pengikutnya. Setelah Raja Kechil dikalahkan dan berundur ke Siak, Daeng Marewah [Yang Dipertuan Muda] dan Daeng Chelak mengebumikan mayat Opu Daeng Perani “……sebagaimana adapt istiadat raja-raja yang besar-besar”.

Daeng Perani Mangkat Di Kedah

Berdasarkan sumber yang dibincangkan di atas, Tuhfat Al-Nafis, Salasilah Melayu & Bugis serta Hikayat Siak, Opu Daeng Perani terkorban dalam pertempuran dengan Raja kechil di Kedah. Selain itu sumber itu juga mencatatkan yang Opu Daeng Perani telah dimakamkan di kedah. Persoalan yang timbul ialah lokasi atau makam Opu Daeng Perani di Kedah.

Dalam usaha menjejaki makam Opu Daeng Perani ini beberapa usaha telah dilakukan, antaranya mendapatkan maklumat awal tapak di Kedah. Penyelidikan juga dijalankan bagi mendapatkan makam Opu Daeng Perani yang terletak di Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri, Kedah. Kaedah penyelidikan ialah dengan temuramah atau sejarah lisan, melawat kampong dan makam berkaitan.

Setakat ini penyelidikan di Kampung Ekor Lubuk tidak ditemui sebarang nashkah Melayu yang menyentuh Makam Oopu Daeng Perani. Namun begitu tokoh-tokoh kampong dan beberapa org kampong yang disoal selidik dengan yakin menyatakan bahawa Makam Opu Daeng Perani ada di Kampung Ekor Lubuk. Antara mereka yang memberikan maklumat mengenai Makam OPu Daeng Perani di Kampung Ekor Lubuk ialah Che Gani, Wan Osman, Ustaz Wan Hizam dan Wan Hassan. Mereka ini jika disalurgalur ke atas akan sampai kepada keturunan Opu Daeng Perani dengan isterinya Tunku Aishah, saudara perempuan kepada Sultan Muhammad Jiwa Kedah. Mereka mendapat maklumat tersebut daripada keturunan terdahulu.

Keabsahan maklumat daripada mereka yang berkenaan boleh dipertanggungjawabkan. Selain daripada berasal daripada Kampung Ekor Lubuk, mereka adalah keturunan Opu Daeng Perani.

Nota: Kampung Ekor Lubuk dahulunya dikenali sebagai Teluk Bagan.
Petikan Kertas kerja yang dibentangkan dalam forum bertajuk ‘Di manakah Letak Sebenarnya Makam Daeng Perani’, bertempat di Muzium Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah pada Ahad 13 Mei 2007. Oleh Abdullah Zakaria bin Ghazali – Jabatan Sejarah Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Darul Aman telah bersetuju dan mengesahkan bahawa Makam Opu Daeng Perani adalah terletak di Kampung Ekor Lubuk, Mukim Sidam, Daerah Kulim, Kedah Darul Aman melalui surat pengesahan bertarikh 19 Jun 2007, yang telah dihantar kepada Persatuan Keturunan Opu Daeng Perani.

Sejarah Kesultanan Negeri Johor

Sultan Johor I
Sultan Mahmud Shah I (1511-1528)
Pada 15 Ogos 1511, Melaka telah diserang oleh Portugis lalu baginda Sultan Mahmud Shah I melarikan diri ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh seterusnya ke Pahang, Bentan dan akhir sekali Kampar. Baginda mangkat di Kampar pada tahun 1528 disebut "Marhum Kampar"
Sultan Johor II
Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali / Raja Alauddin / 1528-1564)
Sultan Alauddin Riayat Shah II telah pergi ke Pahang menemui Sultan Mahmud Shah ( Sultan Pahang V). Baginda telah memperisterikan Puteri Kesuma Dewi (anak marhum Sultan Mansur Shah - Sultan Pahang IV). Pada tahun 1529, baginda ke Hujung Tanah dan membuka Pekan Tua (Kota Kara). Pada tahun 1535, seramai 400 askar Portugis yang diketuai Estavao Da Gamma telah menyerang Johor. Baginda melarikan diri ke hulu iaitu Rebat, Sayong. Seri Nara Diraja (pembesar Sultan) kemudiannya meninggal di Sayong disebut "Datuk Nisan Besar" . Susulan peristiwa itu Sultan Muzaffar Shah (Sultan Pahang VI) telah datang ke Sayong. Bagaimanapun pada tahun 1536, Estavao Da Gamma telah menyerang Kota Kara kerana adiknya Paulo Da Gamma dan 30 orang Portugis telah dibunuh oleh orang Melayu. Justeru itu, satu perdamaian telah dimetrai antara kedua-dua belah pihak. Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah II berpindah dan membuka Johor Lama. Baginda telah pergi ke Aru bagi membantu Ratu Aru dari ancaman Acheh. Pada tahun 1564, Sultan Acheh Sultan Alauddin Al-Qahar mengalahkan Aru dan manghalau orang-orang Johor. Kemudian Sultan Acheh telah menyerang Johor Lama dari Aru. Sultan Alauddin Riayat Shah II ditawan dan dibawa ke Acheh dan dibunuh disana disebut "Marhum Syahid di Acheh".

Sultan Johor III
Sultan Muzaffar Shah II (Raja Muzafar / Radin Bahar / 1564-1570)
Sultan Muzaffar Shah II bersemayam di Johor Lama sebelum berpindah ke Seluyut pada tahun 1565. Baginda tidak suka Johor tunduk kepada Acheh. Pada tahun 1568, baginda menghantar tentera membantu Portugis sekaligus mengundang kemarahan Acheh. Pada tahun 1570, baginda mengkat di Seluyut disebut "Marhum Mangkat di Seluyut".

Sultan Johor IV
Sultan Abd Jalil Shah I (Raja Abdul Jalil / 1570-1571)
Sultan Abdul Jalil Shah I adalah anak saudara kepada Sultan Muzaffar Shah II. Ketika berusia 8 tahun baginda telah ditabalkan sebagai Sultan, melalui wasiat Sultan Muzaffar Shah II. Sultan Abdul Jalil Shah I mangkat tiba-tiba dipercayai mungkin diracun. Bendahara Tun Isap Misai (pembesar Sultan) meninggal dan dikebumikan di Seluyut.
Sultan Johor V
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar / 1570/71-1597)
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berasal dari Pahang, suami kepada Raja Fatimah (adik Sultan Muzaffar Shah II, bapa kepada Sultan Abdul Jalil Shah I). Pada asalnya pembesar ingin melantik Raja Abdullah, anak Sultan Muzaffar Shah II, tetapi dibantah oleh Raja Fatimah dan mahukan suaminya dilantik sebagai Sultan. Tun Sri Lanang dilantik sebagai Bendahara. Pada tahun 1571, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Tanah Putih selama dua tahun. Pada tahun 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Johor Lama dan membaik pulih semula kota Johor Lama. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II bersahabat semula dengan Acheh (Acheh bergabung dengan Johor menentang Portugis). Pada tahun 1576 dan 1578 Portugis menyerang Johor Lama tetapi ditewaskan. Januari 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II menyerang Melaka dan hampir dapat menawan semula Melaka. Pada 21 Julai 1587, angkatan Portugis yang diketuai Antonio de Noronha ke Johor membedil Kota Johor Lama dan merampas harta. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berundur ke Batu Sawar pada tahun 1587. Pada tahun 1589, Batu Sawar diserang dan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II melarikan diri. Apabila Portugis balik ke Melaka, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II datang semula ke Batu Sawar memulihkan kekuatan. Pada tahun 1596, Raja Fatimah mangkat, dan dikebumikan di Seluyut sebelah puteranya Sultan Abdul Jalil Shah I dan kekandanya Sultan Muzaffar Shah II. Pada tahun 1597, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II mangkat di Batu Sawar dan disebut "Marhum Batu Sawar".

Sultan Johor VI
Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur / 1597-1615)
Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Batu Sawar. Pemerintahan diserah kepada sepupu/saudara (berlainan ibu) Raja Abdullah dengan gelaran "Yang Di Pertuan Hilir" di Kota Seberang bertentangan Batu Sawar. Pelbagai bangsa datang ke Batu Sawar menjadikan ia masyhur. Sultan Alauddin Riayat Shah III mengadakan hubungan baik dengan Belanda serta membenarkan Belanda meletakkan pegawainya di Batu Sawar. Selama 11 tahun Sultan Alauddin Riayat Shah III berpindah ke Pasir Raja, tetapi Batu Sawar masih berfungsi sebagai pusat pemerintahan. Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja dengan Bendahara Tun Sri Lanang. Pada tahun 1610, Sultan Alauddin Riayat Shah III berbaik dengan Portugis menyebabkan Acheh berasa marah sewaktu dibawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Jun 1613, Acheh telah menyerang Johor hingga berlarutan selama dua bulan, namun Johor telah ditewaskan. Sultan Alauddin Riayat Shah III, Raja Abdullah, Tun Seri Lanang, pembesar dan dua puluh orang Belanda ditawan serta dibawa ke Acheh. Kemudian kedua-dua belah pihak membuat perdamaian dan Sultan Alauddin Riayat Shah III bersama tahanan dibenarkan pulang ke Johor. Tetapi Sultan Alauddin Riayat Shah III tetap meneruskan hubungan dengan Portugis dan Belanda, tindakan ini menimbulkan kemarahan keapda Acheh lalu Sultan Alauddin Riayat Shah III ditangkap, dan dibawa semula ke Acheh dan dihukum bunuh. Pada 1615, Sultan Alauddin Riayat Shah III mangkat di Acheh.

Sultan Johor VII
Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Mansur / 1615-1623)
Sultan Abdullah Ma'ayat Shah diangkat oleh Sultan Acheh sebagai Sultan Abdullah Ma'ayat Shah dan bersemayam di Batu Sawar. Pada tahun 1618, Sultan Abdullah Ma'ayat Shah berpindah ke Lingga (Daik) dengan meminta bantuan Belanda dan Orang Laut melawan Acheh. Pada tahun 1623, Acheh menyerang Pulau Lingga untuk memburu Raja Bujang (putera Sultan Alauddin Riayat Shah III). Sultan Abdullah Ma'ayat Shah melarikan diri bersama-sama Raja Bujang ke Pulau Tambelan. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah mangkat di Pulau Tambelan disebut "Marhum Pulau Tambelan".

Sultan Johor VIII
Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang / 1623-1677)Sultan Abdul Jalil Shah III merupakan anak saudara Marhum Tambelan, putera Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pulau Tambelan. Sultan Abdul Jalil Shah III menubuhkan Jemaah Orang Kaya. Pada tahun 1629, ancaman Acheh berkurangan kerana kekalahan teruk kepada Portugis. Pakatan Johor-Belanda berjaya menakluki Melaka pada 14 Januari 1640. Belanda berjaya menakluki Melaka pada Januari 1641, manakala Sultan Acheh, Sultan Iskandar Muda mangkat pada 1636 dan Sultan Iskandar Thani mangkat pada 1641 dan Acheh kemudiannya diperintah oleh Raja Perempuan Ratu Sultanah Tajul Alam. Pada 1641, Sultan Abdul Jalil Shah III datang ke tanah besar Johor iaitu pusat pemerintahan di Makam Tauhid. Selama dua tahun Sultan Abdul Jalil Shah III di Makam Tauhid sebelum berpindah menyeberangi Sungai Damar ke Pasir Raja yang juga dikenali sebagai Batu Sawar pada Oktober 1642. Sultan Abdul Jalil Shah III kekal di Pasir Raja hingga 1673 sebelum bermusuhan dengan Jambi dan meletusnya perang antara Jambi-Johor. Sultan Abdul Jalil Shah III melarikan diri ke Pahang dan bersemayam di Pahang selama empat tahun dan mangkat di Kuala Pahang disebut "Marhum Mangkat di Pahang @ Marhum Besar".

Sultan Johor IX
Sultan Ibrahim Shah (Raja Ibrahim / Putera Raja Bajau / 1677-1685)
Sultan Ibrahim Shah merupakan putera Sultan Abdul Jalil Shah III dilantik sebagai Sultan di Pahang pada 1677. Pada 1678, Laksamana Tun Abdul Jamil mengajak Sultan Ibrahim Shah berpindah dari Pahang ke Riau. Sultan Ibrahim Shah cuba untuk membina semula Kota Johor Lama tetapi tidak kesampaian. Sultan Ibrahim Shah mangkat di Pulau Riau pada 1685 disebut " Marhum Bongsu".

Sultan Johor X
Sultan Mahmud Shah II (Raja Mahmud / 1685-1699)
Sultan Mahmud Shah II ditabalkan menjadi Sultan ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Di sinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama. Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana". Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat pada usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".

Sultan Johor XI
Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil / 1699-1720)
Sultan Abdul Jalil IV ditabalkan sebagai Sultan kerana Sultan Mahmud Shah II tiada meninggalkan waris. Sultan Abdul Jalil IV merupakan Sultan pertama dari keturunan Bendahara. Selepas bergelar Sultan Abdul Jalil IV, baginda menukar pusat pemerintahan ke Panchor pada tahun 1700. Pada tahun 1702, Istana di Bukit Tukul terbakar. Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke Riau dan menjadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor. Pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke tanah besar Johor dan bersemayam di Panchor. Sultan Abdul Jalil IV mempunyai Istana di Makam Tauhid dan Johor Lama. Kota Johor Lama dibaiki dan digelar "Kota Lama". Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar-kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu ini memberi peluang kepada Raja Kecil menyerang Johor. Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang DiPertuan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, pun begitu masih membenarkan Sultan Abd Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris Sultan. Raja Kecil menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV dan disebut "Marhum Mangkat di Kuala Pahang".

Sultan Johor XII
Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil / Yang Di Pertuan Johor/ 1718-1722)
Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil) merampas kuasa Sultan dari Sultan Abdul Jalil IV dan mengaku waris Sultan Mahmud Shah II yang sah. Pada tahun 1719, cubaan merampas semula kuasa oleh Sultan Abdul Jalil IV dan puteranya Raja Sulaiman dan Tun Abas, yang berkubu di Seluyut gagal. Sultan Abdul Jalil IV lari ke Kuala Pahang. Raja Kecil telah berpindah ke Riau dan mentadbir Johor dari Riau. Sultan Abd Jalil IV dari Kuala Pahang ke Kuala Terengganu dan pada tahun 1720 balik semula ke Pahang. Raja Kecil telah menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang untuk membunuh Sultan Abd Jalil IV. Raja Sulaiman dan Tun Abas dibawa ke Riau tetapi Raja Sulaiman dan Tun Abas tidak mahu tunduk kepada Raja Kecil dan berpakat dengan Bugis Lima Saudara dan berjaya mengalahkan Raja Kecil halau balik ke Siak.

Sultan Johor XIII
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Raja Sulaiman / Yang diPertuan Besar Johor-Riau / 1722-1760)
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau oleh Bugis Lima saudara. Kesultanan Johor diperintah semula oleh keturunan Bendahara. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah kemudiannya melantik Daing Merewah (Kelana Jaya Putera) sebagai Yamtuan Muda Johor Pertama. Dibawah naungan Sultan Badrul Alam Shah, kuasa membuat keputusan bukan lagi dari menteri dan jemaah. Hubungan dengan Belanda terjalin disebut Perjanjian 1754. Perjanjian 1756 memberi hak monopoli perdagangan timah di Linggi, Kelang, Kuala Selangor tanpa keizinan Raja memerintah. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat di Riau pada Ogos 1760 disebut "Marhum Batangan".

Sultan Johor XIV
Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah (1760-1761)
Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah dilantik sebagai Sultan menggantikan ayahandanya, tetapi Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah menetap di Kuala Selangor dan sedang gering. Lima bulan selepas kemangkatan ayahandanya, tiba-tiba Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah mangkat dipercayai diracun. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah disemayamkan di Riau, berhampiran makam ayahandanya.

Sultan Johor XV
Sultan Ahmad Riayat Shah (1761)
Sultan Ahmad Riayat Shah dilantik menggantikan ayahandanya ketika berusia sembilan tahun. Kuasa pemerintahan dipegang oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah bersemayam di Kampung Bulang, Riau. Pada tahun 1761, pegawai Belanda telah datang dari Melaka menuntut wang ganti rugi perang sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Sultan Sulaiman dahulu. Yamtuan Muda Daeng Kemboja sanggup membayar ganti rugi tersebut dan ini mengukuhkan lagi kuasa Yamtuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah mangkat di Riau pada usia yang muda dipercayai diracun dan disebut sebagai "Marhum Tengah".

Sultan Johor XVI
Sultan Mahmud Shah III (Raja Mahmud / 1761-1812)
Sultan Mahmud Shah III menjadi pemerintah Johor-Riau-Lingga. Akibat daripada perpecahan pentadbiran kerajaan Johor, tiga negeri diperintah oleh pemerintah yang berlainan seperti Singapura - Temenggung, Riau - Yamtuan Muda dan Lingga - Sultan. Pada tahun 1812, Sultan Mahmud Shah III mangkat di Lingga.

Sultan Johor XVII
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (Tengku Abdul Rahman / 1812-1819)
Berlaku perebutan kuasa yang mana sepatutnya Tengku Husin (Tengku Long) putera sulung Sultan Mahmud Shah III dilantik sebagai Sultan. Perlantikan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah disokong kuat oleh Belanda kerana akan mendapat kuasa mentadbir pelabuhan seluruh Negeri Johor kecuali Riau dan Lingga. British mula campur tangan atas kepentingan Singapura dan cuba mempengaruhi Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah melantik Tengku Husin sebagai Sultan.

Sultan Johor XVIII
Sultan Hussain Shah (Tengku Husin / Tengku Long / 1819-1835)
Campurtangan British memberi peluang kepada Sultan Husin menjadi Sultan Johor tetapi sebelum Sultan Husin Shah tiba di Singapura, Raffles telah membuat perhubungan dengan Temenggung untuk membenarkan pembinaan loji dan meletakkan satu kompeni askarnya di Singapura. Sultan Husin Shah dilantik sebagai Sultan pada 6 Februari 1819. Perjanjian Inggeris-Belanda pada 18 Mac 1824 membawa kepada perpecahan Empayar Kesultanan Melayu Johor. Kuasa Sultan Husin Shah ke atas Singapura hilang setelah menandatangani perjanjian pada 2 Ogos 1824 dengan British (John Crowfard) untuk menyerahkan Singapura dan pulau sekitarnya. Sultan Husin Shah berpindah ke Melaka pada 1834 dan mangkat di Tengkera setahun kemudian.

Sultan Johor XIX
Sultan Ali (Tengku Ali / 1835-1877)
Sultan Ali diisytiharkan sebagai Sultan pada 16 September 1840. Berlaku persaingan kuasa dan kekayaan Johor antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim. Pada 10 Mac 1855, temetrai satu perjanjian menyerahkan kedaulatan Johor kepada Temenggung kecuali Muar dan Kesang. Sultan Ali kemudiannya mangkat di Umbai, Melaka pada 20 Jun 1877.

Sultan Johor XX
Raja Temenggung Tun Ibrahim Seri Maharaja Johor (Temenggung Tun Daeng Ibrahim / 1855-1862)
Tidak memakai gelaran 'Sultan' untuk menghormati Sultan Ali. Raja Temenggung Tun Ibrahim membuka Iskandar Puteri atau Tanjung Puteri sebagai pusat pentadbiran kerajaan. Raja Temenggung Tun Ibrahim juga mewujudkan sistem pentadbiran kerajaan yang teratur dan tersusun. Pada 1 Februari 1862, Raja Temenggung Ibrahim mangkat.

Sultan Johor XXI
DYMM Sultan Abu Bakar (Temenggung Che Wan Abu Bakar/ Ungku Bakar/ Ungku Abu Bakar / 1862-1895)
Memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Berusaha memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggong. Membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, menukar nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadi pusat pentadbiran kerajaan Johor. Maharaja Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dan dikenali sebagai 'Sistem Kangcu'. Selepas Sultan Ali mangkat, Tengku Alam (putera Sultan Ali) membantah pemerintahan Muar / Kesang diserah sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan 'Perang Jementah' pada 1879 tetapi gagal. Bagi mengukuhkan azam Maharaja Abu Bakar, baginda memakai gelaran Sultan Johor pada 1 Julai 1886 dengan gelaran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah. Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor. Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi melayu dengan kosmopolitan barat dan digelar Bapa Johor Moden, Pentadbiran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah yang cekap dan tersusun diakui sendiri oleh British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat. Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah mangkat di Eropah pada 10 Mei 1895 dan disemayamkan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sultan Johor XXII
DYMM Sultan Ibrahim (1895-1959)
Dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota pada 23 Mei 1891 dan diangkat sebagai pengganti pada 7 September 1895. Dimahkotakan pula sebagai Sultan pada 2 November 1895. Sewaktu pemerintahannya, gagasan Civil Service diperkembangkan secara meluas ke seluruh negeri Johor. Ketua jabatan terdiri daripada pegawai Melayu, British hanya membantu, dasar ini menyebabkan British sukar bertapak di Negeri Johor. Sultan Ibrahim membubarkan Sistem Kangcu pada 1917 dan ekonomi negeri terus berkembang dengan membina infrastruktur jalan keretapi pada 1904, Tambak Johor (1919), Bangunan Bukit Timbalan (Pusat pentadbiran kerajaan Johor 1939) dan sebagainya. Sultan Ibrahim mangkat di Eropah pada tahun 1959 dimakamkan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sultan Johor XXIII
DYMM Sultan Ismail (1959-1981)
Negeri Johor semakin maju dibawah pemerintahan Sultan Ismail. Pembukaan ladang-ladang FELDA, KEJORA, Rancangan Perparitan Johor Barat, Pelabuhan Pasir Gudang, Lapangan Terbang Sultan Ismail dan kawasan perindustrian diwujudkan dan dibina. Sultan Ismail mangkat pada 10 Mei 1981 di Hospital Besar Johor Bahru dan dimakamkan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sultan JohorXXIV
DYMM Almutawakkil Alallah Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj (1981- Kini)
Dilantik menggantikan ayahandanya pada 11 Mei 1981. Dilantik sebagai Yang DiPertuan Agong Ke VIII pada tahun 1984. Merupakan pemimpin yang berkarisma, berjaya menggerakkan rakyat untuk memajukan Johor dalam perniagaan, perindustrian, perusahaan, pertubuhan dan badan sukarela.

Sumber: Jabatan Muzium Kota Tinggi

Persetiaan Antara Great Britain Dengan Johor, 1824 - Menyerah Sepenuh Kedaulatan Dan Hak

Suatu PERSETIAAN PERSAHABATAN dan PERIKATAN antara SYARIKAT HINDIA TIMUR lNGGERIS YANG MULIA di satu pihak, dengan DULl YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN dan DATUK TEMENGGUNG JOHOR di satu pihak lagi, diikat pada dua hari bulan Ogos, satu ribu lapan ratus dua puluh empat (1824), bersamaan dengan enam hari bulan Zulhijah, tahun Hijriah, satu ribu dua ratus tiga puluh sembilan (1239), oleh Sultan Johor yang di atas, iaitu DULl YANG MAHA MULIA SULTAN HUSSAIN MUHAMMAD SHAH, dan DATUK TEMENGGUNG JOHOR yang di atas, iaitu DULl YANG AMAT MULIA DATUK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN SRI MAHARAJA bagi pihak Baginda dan Datuk Temenggung sendiri, dengan JOHN CRAWFURD, ESQUIRE, Residen British di Singapura, yang diberi kuasa sepenuhnya dalam persetiaan ini oleh Yang Teramat Mulia WILLIAM PITT, LORD AMHERST, Gabenor General Kota William di Benggala, bagi pihak SYARIKAT HINDIA TIMUR lNGGERIS YANG MULIA itu. 


Perkara I 
Keamanan, persahabatan, dan persefahaman yang baik akan wujud selama-lamaya antara Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Datuk Temenggung Johor serta waris dan pengganti masing-masing. 

Perkara II
Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja dengan ini menyerah sepenuh kedaulatan dan hak kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, waris dan penggantinya untuk selama-lamanya, Pulau Singapura, yang terletak di Selat Melaka, bersama-sama laut, selat dan pulau-pulau kecil bersebelahan dengannya, dalam lingkungan sepuluh batu geografi dari pantai pulau utama Singapura. 

Perkara III
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sebagai balasan kepada penyerahan yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu ini, membayar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus (33,200) Dolar Sepanyol, bersama dengan gaji, sepanjang hayat Baginda, sejumlah satu ribu tiga ratus (1,300) Dolar Sepanyol sebulan, dan kepada Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, sejumlah wang sebanyak dua puluh enam ribu lapan ratus (26,800) Dolar Sepanyol, dengan gaji bulanan sebanyak tujuh ratus (700) Dolar Sepanyol sepanjang hayatnya. 

Perkara IV
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah dengan ini mengaku menerima daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, sebagai menyempurnkan ketetapan kedua-dua Perkara terdahulu ini, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus (33,200) Dolar Sepanyol (iaitu kurang drpd RM3 juta sekarang – Hasbullah Pit), bersama dengan ansuran bulanan pertama gaji yang tersebut di atas sebanyak satu ribu tiga ratus (1,300) Dolar Sepanyol, dan Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja juga dengan ini mengaku menerima daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, sebagai menyempurnakan ketetapan kedua-dua Perkara terdahulu ini, sejumlah wang sebanyak dua puluh enam ribu lapan ratus (26,800) Dolar Sepanyol, bersama dengan ansuran bulanan pertama gaji di atas sebanyak tujuh ratus Dolar Sepanyol. 

Perkara V
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia berjanji menyambut dan melayan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah, dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, dengan penuh kemuliaan, kehormatan dan adat istiadat yang layak atas kedudukan dan taraf masing-masing, bilamana Baginda dan Datuk Temenggung menetap atau mengunjungi Pulau Singapura. 

Perkara VI
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sekiranya Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Datuk Temenggung, waris atau pengganti Baginda dan Datuk Temenggung memilih untuk menetap di mana-mana bahagian Negeri sendiri, dan bagi maksud tersebut hendak berpindah dari Singapura, membayar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, waris atau pengganti Baginda, sejumlah wang sebanyak dua puluh ribu (20,000) Dolar Sepanyol, dan kepada Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, waris atau pengganti Datuk Temenggung sejumlah wang sebanyak lima belas ribu (15,000) Dolar Sepanyol. 

Perkara VII
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, sebagai balasan kepada bayaran yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu ini, dengan ini menyerahkan, bagi pihak diri, waris, dan pengganti masing-masing, kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, waris dan pengganti mereka buat selama-lamanya, semua hak dan hak milik kepada setiap jenis harta tak alih, sama ada dalam bentuk tanah, rumah, kebun, dusun, atau pokok kayu, yang mungkin dimiliki oleh Baginda dan Datuk Temenggung di Pulau Singapura atau di wilayah tanggungannya pada masa yang difikirkan Baginda dan Datuk Temenggung sebagai sesuai untuk berpindah dari pulau tersebut, bagi maksud menetap di Negeri sendiri, tetapi hendaklah difahami dengan sejelas-jelasnya oleh setiap pihak bahawa peruntukan Perkara ini tidak meliputi apa-apa jenis harta yang boleh dipegang oleh mana-mana pengikut atau orang suruhan Duli Yang Maha Mulia dan Datuk Temenggung yang berada di luar kawasan sekitar kediaman sebenar yang kini diperuntukkan kepada Duli Yang Maha Mulia dan Datuk Temenggung. 

Perkara VIII
Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, dengan ini berjanji bahawa selama Baginda dan Datuk Temenggung menetap di Pulau Singapura, atau menerima gaji bulanan masing-masing daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Persetiaan ini, Baginda dan Datuk Temenggung tidak boleh sekali-kali mengikat apa-apa perikatan dan juga tidak boleh berutus-utusan dengan mana-mana kuasa atau raja asing, tanpa pengetahuan dan keizinan Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, waris dan penggantinya. 

Perkara IX
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, dengan ini berjanji bahawa jika sekiranya Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah, dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja berpindah dari Pulau Singapura sebagaimana yang dibayangkan dalam Perkara ke-6, dan berasa gusar untuk menetap di wilayah mereka sendiri berbangkit daripada perpindahan itu, memberi mereka suaka diri dan perlindungan sama ada di Pulau Singapura atau Pulau Pinang. 

Perkara X
Pihak Penjanji dengan ini menyatakan dan berjanji bahawa tiada mana-mana pihak pun akan campur tangan dalam hal-ehwal dalaman pihak pemerintah yang satu lagi, atau dalam mana-mana pertelingkahan politik atau peperangan yang mungkin tercetus dalam wilayah masing-masing, dan mereka juga tidak boleh menyokong satu sarna lain melalui kekuatan senjata terhadap mana-manajua pihak ketiga. 

Perkara XI
Pihak Penjanji dengan ini berjanji menggunakan apa-apa cara yang masing-masing berkuasa bagi menghapuskan rompakan dan pelanunan di Selat Melaka dan juga di laut sempit, selat dan sungai lain yang bersempadanan, atau yang di dalam, wilayah masing-masing selagi ia berkaitan dengan kekuasaan dan kepentingan langsung Duli Yang Maha Mulia dan Datuk Temenggung. 

Perkara XII
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja dengan ini berjanji mengekalkan perdagangan bebas dan tidak terganggu di mana-mana sahaja di kawasan kekuasaan mereka, dan membenarkan perdagangan dan lalu lintas negara British ke dalam semua pelabuhan dan pangkalan kapal kerajaan Johor dan wilayah tanggungannya berdasarkan syarat negara yang paling diutamakan. 

Perkara XIII
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, selagi Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja kekal menetap di Pulau Singapura, tidak membenarkan mana-mana orang suruhan atau pengikut Baginda dan Datuk Temenggung meninggalkan langsung khidmat sebenar mereka, untuk tinggal atau kekal berada di Pulau Singapura atau wilayah tanggungannya. Tetapi dengan ini hendaklah difaharni sejelas-jelasnya bahawa semua orang suruhan dan pengikut itu hendaklah terdiri daripada rakyat kelahiran mana-mana bahagian wilayah kekuasaan Baginda dan Datuk Temenggung sahaja, di mana kuasa Baginda dan Datuk Temenggung kini bertapak kukuh, dan nama-nama mereka pada masa memasuki perkhidmatan Baginda dan Datuk Temenggung, hendaklah ditulis secara sukarela dan sewajarnya dalam sebuah daftar yang disimpan bagi maksud itu oleh ketua pihak berkuasa tempatan pada masa itu. 

Perkara XIV
Maka adalah dengan ini, saling dinyatakan dan dipersetujui bahawa syarat-syarat semua Konvensyen, Persetiaan atau Perjanjian yang lalu yang diikat antara Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Datuk Temenggung Johor, hendaklah dengan Persetiaan ini disifatkan sebagai, dan dengan ini, terbatal dan termansuh sewajarnya, walau bagaimanapun dengan pengecualian syarat-syarat terdahulu sebagaimana yang telah diberikan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, apa-apa hak atau hak milik bagi pendudukan atau pemilikan Pulau Singapura dan wilayah tanggungannya seperti yang tersebut di atas.

Dibuat dan diikat di Singapura, pada hari dan tahun yang tertulis di atas.




(T.T.) SULTAN HUSSAIN MUHAMMAD SHAH. (T.T.) 1. CRAWFORD. DATUK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN SRI MAHARAJA. (T.T.) AMERST. (T.T.) EDWARD PAGET. (T.T.) F. FENDALL.

Diratifikasikan oleh Yang Amat Mulia Gabenor Jeneral dalam Majlis, di Kota William di Benggala, pada sembilan belas hari bulan November, satu ribu lapan ratus dua puluh empat.



(T.T) GEO. SWINTON, Setiausaha Kerajaan.


Nota:2 Perkara VI dan VII, apabila berkaitan dengan Datuk Temenggung, telah dibatalkan melalui perjanjian bertarikh 19 hari bulan Disember 1862. Lihat Maxwell & Gibson 1924: 129-130.


Teks ini diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia. 2008. Kuala Lumpur: ITNMB

Keterangan Mula-Mula Raja Yakni Yamtuan Rawa Dan Anak Raja Rawa

Pada suatu masa, berkebulatan teguh Orang-Orang Besar Rawa pergi ke Pagar Ruyung Minangkabau mengambil Raja, maka dibagi orang Pagar Ruyung Minangkabau seorang yang cantik paras rupanya, maka di bawalah pulang ke Rawa.

Sampai di Rawa, disembah ia pun sakit lalu mati. Kemudian dijemput lagi sekali, sampai di Rawa disembah ia pun sakit lalu mati juga. Oleh itu, berdukacitalah Orang-Orang Besar Rawa dengan menaruh ingatan yang mana kepada Raja-Raja Pagar Ruyung itu.

Pada suatu hari, muafakatlah Orang-Orang Besar di dalam Rawa memilih orang-orang yang handal lagi perkasa, serta dengan alat angkatan yang beradat, menjemput Orang-Orang Besar Bergelar pergi ke Pagar Ruyung Minangkabau.

Adalah perintah Orang-Orang Besar Rawa kepada utusan itu, “Sekali ini, jika tiada diberinya yang sebetulnya, jangan balik sehingga kita perangi Minangkabau itu”. Demikianlah perintah Orang-Orang Besar Rawa kepada utusan itu.

Maka apabila sampai utusan itu ke Minangkabau, dengan tidak semena-mena bertemu dengan seorang tua, hendak dikatakan tua, tersangat tua, maka bertanyalah orang tua itu kepada utusan itu, “Hendak kemana tuan-tuan ini”, maka diceritakanlah oleh utusan itu kepada orang tua itu daripada mula hingga akhirnya.

Maka kata orang tua itu, “Jika diberinya yang cantik-cantik pakaian, jangan diambil, minta sendiri memilihnya serta tunjuk tengok kepadanya tanda-tandanya, dan adapun anak Raja Pagar Ruyung itu, perempuan seorang sahaja dalam istana itu, buruk lokos sahaja pakaian nya, ambillah itu”.

Maka apabila sampai ke Istana Pagar Ruyung, berkatalah utusan itu, “Minta kami-kami sendiri yang datang ini hendak memilihnya, sebab sudah dua kali, kami-kami ini mendapat tidak yang sebetulnya”.

Ialah dengan pandai pujuk rayu utusan itu, dibenarkanlah utusan itu memilihnya, dengan sebab tanda-tanda yang diberi oleh orang tua yang dijumpa di jalan itu, dapatlah utusan itu memilih yang sebetulnya.

Maka apabila terkena pilih yang sebetulnya itu, ratap tangis pun menderulah, maka pada masa itu, diminta utusan itu satu persumpahan setia yang besar lagi beradat, “Sampai ke anak-anak cucu cicit, tiada boleh sekali-kali balik ke Istana Pagar Ruyung”.

Maka sudahlah dengan takdir Allah, sehingga hilang akal budi-bicara Raja-Raja Yang Tua-Tua itu, sehingga diikutnya permintaan utusan itu.

Maka sebab itu, yang mana-mana keturunan daripada itu, tiada boleh menempuh ke Istana Pagar Ruyung. Jika siapa-siapa keturunan Raja Pagar Ruyung sampai ke Minangkabau, jangan sekali-kali pergi ke Istana Pagar Ruyung, melainkan dengan adat sembah sambutnya, begitulah pesan nenda-nenda kita yang terdahulu.

Apabila dibawa ke Rawa, sampai di Kota Raja disambut dijulang, dinobat disembah oleh orang-orang Kota Raja, serta dibuat adat-istiadat Raja-Raja menyambut Raja.

Bermulanya Kota Raja itu, dinamakan orang Kuda Raja, kemudian dialih diubah namanya Kota Raja.

Shahadan, apabila sampai di Rawa, tiadalah dapat jodohnya akan suaminya, maka disuruh pula utusan pergi mencari ke Pagar Ruyung Minangkabau.

Didalam mencari itu, tidak semena-mena datang sahaja seorang Raja menunggang kuda ke Rawa.

Maka disiasat diperiksa secukup-cukupnya oleh Orang-Orang Besar didalam Rawa, dapatlah keterangannya yang sebetulnya, ia anak Raja keturunan Sang Seperba daripada Negeri Semuara, anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain dan Raja Nisrawan Adil Bukit Seguntang, lalu dikahwinkan dengan anak Raja Pagar Ruyung itu.

Setelah sekeliannya, balik utusan yang mencari akan jodoh anak Raja Pagar Ruyung itu, dengan membawa seorang anak Raja, lalu dikahwinkan dengan orang lain.

Maka turun-temurun keturunan inilah yang dibagi pangkat gelaran oleh Orang-Orang Besar Rawa, gelaran Raja Perempuan memegang adat kebesaran sekeliannya didalam Istana Padang Unang Rawa itu, dan anak Raja yang diambil dari Pagar Ruyung itu, dilantik menjadi Yang Dipertuan Besar Rawa, dan turun-temurun keturunan inilah sampai sekarang menjadi Yang Dipertuan Besar Rawa itu.

Shahadan, adalah Raja yang asal didalam Rawa itu Raja Daulat Parit Batu, keturunan daripada Raja Pagar Ruyung Minangkabau juga adanya.

Pecahan Raja Daulat Parit Batu itu turun ke Rawa duduk di Gobar, bergelar Yamtuan Gobar di Rawa. Pecahan daripada Yamtuan Gobar itu pergi ke kampung bernama Kubu Sultan, dipanggil-panggil orang, anak Raja-Raja Yang Berempat.

Dari situlah anak Raja-Raja Rawa yang asal itu berselok menyeloknya dan semenda menyemendanya ke Padang Unang kepada pihak Yang Dipertuan Besar itu.

Alkisah, sebab orang-orang Rawa tidak mahu menjadikan Raja, Yamtuan pecahan Raja Daulat Parit Batu itu, kerana Orang-Orang Besar Rawa bersinggit dengan Orang-Orang Besar Parit Batu.

Sebab itulah, Orang-Orang Besar Rawa mengambil Raja mereka dari Pagar Ruyung, betul akan halnya Raja Daulat Parit Batu itu kemanakan daripada Raja Pagar Ruyung.

Sebab itu didalam perbilangan Rawa, “Daulat di Parit Batu, Sultan di Pagar Ruyung, Yamtuan di Rawa, Sangkar adat dari dalam Rawa”.


Petikan dari Catatan Yang Disimpan olehAlmarhum Raja Bot ibni Raja Amirullah
Silsilah Jang DiPertoean Pagaroejoeng
Almarhum Radja Bogomo, Jang DiPertoean Pagaroejoeng; Almarhum Raja Bot ibni Raja Amirullah

Chronology Of Malay Kings - I

CHRONOLOGY OF MALAY KINGS
Commencing From 1133 AC
- I
SUNGAI MELAYU
01. Sang Seperba, Nila Utama, whom advent at Sungai Malayu Palembang was about 1133 AC became King of Palembang and Menangkabau.

SINGAPORE

02. Sri Tri Buana, Sang Nila Utama, son of Sang Seperba founded Singapore in 1160 AC - 556 AH, and reigned for 48 years.

03. Sri Pekerma Wira succeeded his father, Sri Tri Buana in 1208 AC and reigned for 15 years.

04. Sri Rana Wikerma succeeded his father Sri Pekerma Wira in 1223 AC and reigned for 13 years.

05. Sri Maharaja succeeded his father, Sri Rana Wikerma in 1236 AC and reigned for 12 1/2 years.

06. Sri Iskandar Shah, succeeded his father, Sri Maharaja in 1249 AC and after reigning for about three (3) years, he was attacked and defeated in 1252 AC by Betara Majapahit for not showing submission to the Kingdom of Majapahit. He then escaped himself to mainland.

MALACCA

Raja Iskandar Shah, Sri Iskandar after rambling about Inland for about two (2) years, founded Malacca in 1254 AC and reigned there for more than twenty (20) years, died in 1274.

07. Raja Besar Muda succeeded his father, Raja Iskandar Shah in 1274 AC.

08. Raja Tengah, second son of Raja Iskandar Shah, succeeded his brother Raja Besar Muda in 1275.

09. Raja Kechik Besar, son of Raja Tengah, was the first Malay King who embraced Islam in 1276 and was proclaimed as Sultan Mohamed Shah I.

10. Sultan Abu Shahid, Raja Ibrahim, ascended the throne in 1332, was assassinated by the Regent and succeeded by his brother Raja Kassim.

11. Sultan Muzafar Shah I., Raja Kassim, son of Sultan Mohamed Shah I, ascended the throne in 1334 and reigned for 40 years.

12. Sultan Mansor Shah I, Raja Abdullah, ascended the throne in 1374 and reigned for 73 years.

13. Sultan Aladdin Riayat Shah I., Raja Hussain, son of Sultan Mansor Shah, ascended the throne in 1447. His father, Sultan Mansor Shah I, sent his elder brother Mohamed to Pahang as Sultan of Pahang.

14. Sultan Mahmud Shah I., Raja Mamat, son of Sultan Aladdin Riayat Shah I., ascended the throne in 1477, reigned for several years, after which he left the Kingdom in favour of his son, Raja Ahmad, while he himself resided at Ulu Malacca. He had several other sons, two of whom were afterwards known as Sultan Aladdin Riayat Shah II of Johore and the other as Sultan Muzafar Shah II of Perak.

15. Sultan Mohamed Shah II, Raja Ahmad, ruled during the absence of his father, Sultan Mahmud Shah I at the Ulu Malacca. It was during his time in 1511 that Portuguese defeated Malacca. The Sultan escaped to Muar and then proceeded to Bukit Batu where he was assassinated.

On the above-mentioned defeat, Sultan Mahmud Shah I., proceeded to Muar and Pahang for one year, then he went to Bentan, reigning there for about 12 years, when Portuguese invaded the place. He then left for Kampar to take up the sovereignty left over by his son-in-law, Sultan Abdullah, who had been taken away by the Portuguese to Goa, India. After residing there for five years, Sultan Mahmud Shah I., died.

His son, Sultan Aladdin Riayat Shah II, who afterwards left Kampar for Pahang and married there, succeeded him. After staying there for some years, he proceeded to Sungai Johore, and founded a place near Kota Tinggi which was afterwards called Johore, (vide G.T. 3)

Chronology Of Malay Kings - II

CHRONOLOGY OF MALAY KINGS
Commencing From 1133 AC - II
(continues)

JOHORE FIRST EPOCH
Johore Lama

01. Sultan Aladdin Riayat Shah II., Raja Ali or Sultan Muda, son of Sultan Mahmud Shah I of Malacca, founded Johore at Kota Tinggi in 1540 A.C. - 947 H. (vide GT3)

02. Sultan Muzafar Shah, Raja Muzafar Shah, succeeded his father, Sultan Aladdin Riayat Shah II, and on his death he left the sovereignty in favour of his nephew, Raja Abdul Jalil, son of his sister, Raja Fatimah, who was married to Raja Omar of Pahang, (vide GT6)

03. Sultan Abdul Jalil I, son of Raja Omar, succeeded his uncle in 1559 A.C. - 966 AH. He was only a child and died young, (vide GT9)

04. Sultan Ala Jala Abdul Jalil II, Raja Omar, whose wife was Raja Fatimah, succeeded his son Sultan Abdul Jalil I. (vide GT9)

05. Sultan Aladdin Riayat Shah III, Raja Mansor, son of Sultan Ala Jala Abdul Jalil II., succeeded his father in 1591 AC - 999 AH, but as he was still a child, his cousin, Raja Abdullah, son of Sultan Muzafar Shah III., acted as Regent, until he came of age. (vide GT10)

06. Sultan Abdul Jalil III., succeeded his father Sultan Aladdin Riayat Shah III in 1624 AC - 1033 AH. (vide GT 15)

07. Sultan Ibrahim Shah I., ascended the throne in succession to his father, Sultan Abdul Jalil III., in 1671 AC - 1080 AH. (vide GT21)

08. Sultan Mahmud Shah II., succeeded his father, Sultan Ibrahim Shah I., in 1682 AC - 1001 AH and was assassinated in 1699 AC - 1109 AH. (vide GT28)

As this Sultan had no issue the sovereignty reverted to the House of the Bendahara, in fact the original descendant of Sultan Aladdin Riayat Shah II., founder of Johore.

09. Sultan Abdul Jalil IV, son of Tun Habib, Dato Bendahara Padang Saujana Johore, on the death of Sultan Mahmud II, ascended the throne of Johore in 1699 AC - 1109 AH, (vide GT 20).

Johore was invaded and defeated by Raja Kechik of Siak and Menangkabau in 1719 AC - 1129 AH. The Sultan's families were taken prisoners, and the Sultan himself escaped to Pahang where he died. His oldest son Tun Abas accompanied him. This ends the first period of Johore.

JOHORE SECOND EPOCH
RIAU (JL)

10. Raja Sulaiman, son of Sultan Abdul Jalil IV, assisted by certain Bugis Rajas, sons of Upu Tenderi Burong, defeated Raja Kechik of Menangkabau at Riau and he was then installed as Sultan of Johore and Lingga in 1724 AC (1134 AH), whilst the descendants of the Upu held the rank of Yamtuan, (vide GT 22).

11. Sultan Abdul Jalil V, succeeded his father Sultan Sulaiman, (vide GT 29).

12. Sultan Mahmud III, succeeded his father Sultan Abdul Jalil V. He had two sons, Hussain and Abdul Rahman, the later was chosen as Sultan of Lingga while the former was proclaimed as Sultan of Johore, at Singapore, (vide GT 36). Thus Johore was separated from Lingga.

JOHORE THIRD EPOCH
SINGAPORE (JS)

13. Sultan Hussain Mohamed Shah, son of Sultan Mohamed III, was installed as Sultan of Johore in 1819 by Temenggong Abdul Rahman in the presence of Sir Stamford Raffles at Singapore. The Temenggong died at Telok Blanga Singapore in 1825 and the Sultan died in 1840 at Tranquerah, Malacca, (vide GT 40).

14. Sultan Ali Iskandar Shah, son of Sultan Hussain Shah, succeeded his father, in 1840. He then ceded the sovereignty of Johore (with exception of Kesang) to Dato Temenggong Ibrahim son of Dato Temenggong Abdul Rahman, descendant of Sultan of Sultan Abdul Jalil IV in 1855. He ceded Kesang to Maharaja of Johore (Sultan Sir Abu Bakar) in 1877. He died in the same year at Ombai Malacca, (vide GT 45). This ends the third period.

JOHORE FOURTH EPOCH
JOHORE BAHRU (JB)

15. Temenggong Daeng Ibrahim, son of Dato Temenggong Abdul Rahman obtained possession of Johore from Sultan Ali Iskandar Shah by Treaty executed before the Governor at Singapore in 1855 and died in 1862. In his respect for Sultan Ali, who was still alive at the time, he did not assume the title of Sultan (vide GT 51).

16. Sultan Sir Abu Bakar succeeded his father, Temenggong Ibrahim as Sovereign Ruler of Johore in 1862, crowned in 1886, died in London and was interred at Johore Bahru in 1895. (vide GT 55)

17. Sultan Sir Ibrahim born on 17th September 1873, succeeded his father Sultan Sir Abu Bakar on 17th September 1895 and was crowned in 02nd November 1895, (vide GT 61).